Header Ads

Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri


Setelah sebulan umat islam berpuasa di bulan ramadhan, esok adalah hari kemenangan dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kehadiran 1 Syawal perlu disambut dengan gembira serta saling bermaafan sesama umat islam. Saya ingin berkongsi Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri. Panduan ini daripada Bahagian Dakwah Jakim.


Solat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.

Bilakah waktu kita dibenarkan melakukan solat Hari Raya? Waktu solat Hari Raya bermula daripada terbit matahari sehingga tergelincir. Ini berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Perkara yang pertama kita mulakan hari ini ialah bersolat.” [Hadith Riwayat Bukhari]






1. Lafaz niat


أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى


Usalli sunnatan liAidil Fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.


2. Lafaz tasbih

[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر]



CARA MENUNAIKANNYA


Rakaat Pertama

1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di       dalam hati.
    Ertinya:
    Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.
2. Membaca doa iftitah

3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan             bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar

4. Membaca surah al-Fatihah

5. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama



Rakaat kedua
1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)

2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan             bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar

3. Membaca surah al-Fatihah

4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua

6. Memberi salam



KHUTBAH IDULFITRI


Khutbah Idulfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

No comments

Powered by Blogger.