Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah jam 2:30 petang tadi di Istana Anak Bukit.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un !!!
Al-Fatihah
Sumber : Aduan Rakyat Kedah
Biodata Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
* Diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah.* Pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu Titi Gajah, Kolej Sultan Abdul Hamid, Ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam dari Wadham College, Oxford, United Kingdom.
* Pemangku Sultan Kedah pada Mac 1957.
* Menaiki takhta pada 15 Julai 1958.
* Ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 1959.
* Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975.
* Permaisuri Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman (mangkat pada 26 Ogos 2003).
* Sultanah Haminah Hamidun (ditabalkan Sultanah pada 9 Januari 2004).
* Dikurniakan tiga orang puteri, Puteri Tunku Soraya, Datuk Seri Diraja Tunku Sarina (kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 1991 pada usia 31 tahun) dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.
* Hobi membaca buku dan bermain golf.
Post a Comment