Header Ads

Cara Daftar Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)


Cara Daftar Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50). Menerusi Bajet 2018, Dato Seri Najib Razak telah memperkenalkan Skim Tabung Permulaan bagi bayi warganegara  Malaysia yang lahir pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Setiap bayi warganegara malaysia yang lahir dalam tempoh tersebut, akan mendapat RM200 melalui amanah saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dana dalam bentuk unit insentif percuma ini akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera.



Syarat Kelayakan ADAM50

  • Lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.
  • Warganegara Malaysia.
  • Ibu/bapa atau Penjaga Berdaftar berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas semasa pendaftaran dilakukan.

Cara Daftar Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)

Ibu bapa atau penjaga yang ingin mendaftar amanah dana anak malaysia 2050, anda boleh terus ke mana-mana cawangan ASNB seluruh negara ataupun terus ke agen ASNB.

Pendaftaran hendaklah dilakukan dalam tempoh maksimum setahun selepas tarikh lahir bayi tersebut

Lihat cawangan ASNB kawasan berdekatan anda disini, >>> cawangan ASNB

Berikut merupakan agen-agen ASNB :

1-Maybank
2-Maybank Islamic
3-CIMB
4-CIMB Islamic
5-RHB
6-RHB Islamic
7-Pos Malaysia
8-Bank Simpanan Nasional (“BSN”)*
9-Affin Bank
10-Alliance Bank*
11-AmBank
12-AmBank Islamic

*BSN & Alliance Bank masih tidak dapat melaksanakan urus niaga ASB dan AS 1Malaysia sehingga dimaklumkan kelak

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran adalah seperti berikut:

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad) ibu/ bapa/ penjaga berdaftar.
  • Dokumen pengenalan diri (MyKid) bayi atau Sijil Kelahiran (sekiranya MyKid masih belum diterima).
  • Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi.
Boleh share info ini?

Anda boleh rujuk laman web untuk melihat sebarang kemusykilan berkenaan Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) disini, Soalan Lazim ADAM50.

1 comment:

Powered by Blogger.