Header Ads

Rujukan & Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017

Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Rujukan & Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017. Tahniah diucapkan kepada mereka yang di panggil untuk menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Peperiksaan ini akan diadakan secara online untuk calon yang layak pada 3 november 2017 ini.

Sebelum itu, untuk memastikan anda calon yang layak menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini, sila pastikan anda menerima mesej melalui SMS. Jika tidak, sila semak terlebih dahulu menerusi pautan ini, http://e-semakanntt.spa.gov.my/.


Makluman Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dipomatik M41


PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

Tarikh Peperiksaan : 3 November 2017 (Jumaat)

Masa : 8:00 PM - 8:40 PM

PERHATIAN :

Calon yang hamil dan mempunyai masalah kesihatan kronik TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Ini adalah kerana calon-calon yang lulus peperiksaan online sahaja akan dipanggil menduduki Ujian Kecergasan dan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang dijangka bermula pada Januari 2018. Program UKJK ini mengandungi aktiviti lasak yang tidak bersesuaian dan boleh mendatangkan risiko yang besar kepada calon-calon tersebut.

Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan yang berlangsung akan dipaparkan di Portal SPA dan Laman Facebook SPA di www.facebook.com/Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA semasa peperiksaan dijalankan. Kedua-dua pautan ini boleh diakses walaupun tanpa akaun yang aktif. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!

P/s : Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 9:40 malam.

Untuk menerima apa-apa hebahan berkenaan Peperiksaan Online ini, sila join channel telegram berikut ==> t.me/calonexamptd17

Kami akan memberikan update terkini tentang skop exam PTD Nov 2017.

Maklumat Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41


Tugas : Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Syarat Lantikan 


1-ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau

2-ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau

3-ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48); dan

4-lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan

5-hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.

Ok.

Kita Terus Tengok Format & Contoh Soalan

Format Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41


Soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada tahun 2017 mengadungi dua seksyen iaitu:

(i) Seksyen A – Pengetahuan Am ( 40 Minit )
(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah ( 45 Minit )

Exam PTD M41 – Seksyen A

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran anda terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya.

Anda semestinya perlu mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.


Exam PTD akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik.

Anda mesti mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini. Antara perkara yang kerap ditanya ialah berkenaan GTP, NKRA dan banyak lagi.


Soalan Peperiksaan PTD – Seksyen A


1. Antara negara ASEAN berikut manakah yang masih belum melaksanakan GST?
A ) Laos
B ) Filipina
C ) Vietnam
D ) Myanmar

2. Badan yang menjalankan kuasa eksekutif dan bertindak sebagai badan penyelaras utama di peringkat negeri ialah  
A ) Menteri Besar.
B ) Ketua Menteri.
C ) Majlis Mesyuarat Kerajaan.
D ) Setiausaha Kerajaan Negeri.

3. Pilih agensi yang bukan di bawah tanggungjawab KPDNKK
A ) Bank Rakyat.
B ) Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
C ) Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
D ) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.

4. Negeri manakah yang menjadi tempat pendaratan pertama di Tanah Melayu oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua?
A ) Perlis.
B ) Perak.
C ) Kedah.
D ) Kelantan

5. Pusat Sehenti Usahawan Wilayah diwujudkan untuk membolehkan usahawan mendapat sokongan dan bantuan di bawah satu bumbung. Antara berikut yang manakah Organisasi Pembangunan Usahawan (EDO) dan Organisasi Pembangunan Industri (IDO) yang ditempatkan di pusat sehenti ini?
I . Majlis Amanah Rakyat
II . SME Bank
III . Bank Rakyat
IV . Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV



Tips Soalan Favourite Exam PTD 2017


  • TN50
  • Economic Transformation Program
  • NKRA - National Key RA
  • Bidang Keberhasilan Utama Negara
  • Government Transformation Program
  • Focus pasal perundangan and pentadbiran
  • Revolusi Industri 4.0
  • Sukan SEA @ Paralimpik 2017


Exam PTD – Seksyen B

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Dalam bahagian ini anda di kehendaki menyelesaikan contoh soalan exam PTD yang dikemukakan menggunakan;

1-Kemahiran Logik

Dalam seksyen kemahiran logik exam ptd ini, gunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan permasalahan yang diberi.

2- Kemahiran Menginterpretasi Data

Anda diberi beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan soalan exam ptd dikemukakan.

Anda boleh mengunakan graf, jadual dan sebagainya agar mudah untuk calon memberi jawapan.

3-Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik.

Proses penyelesaian masalah bagi exam PTD M41 tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat SPM.

Soalan Exam Pegawai Tadbir & Diplomatik M41 – Seksyen B


Untuk dapatkan contoh soalan, tips, rujukan, perkongsian pengalaman sesama calon Pegawai Tadbir Diplomatik, Saya syorkan anda untuk join group telegram ini.

GROUP TELEGRAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK 2017 ==> t.me/calonexamptd17

Saya harap anda akan dapat panduan yang betul untuk menghadapi peperiksaan online yang di jadualkan pada 3 November 2017 ini serta berjaya lulus dengan jayanya. Amin Inshallah.

Rujukan Exam Online PTD 2017

 Rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik Edisi Oktober 2017 ==> Beli Di Sini

Penafian

Blog Wafi Jamaluddin tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Blog Wafi Jamaluddin hanya menyediakan bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan BUKAN SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.

1 comment:

Powered by Blogger.