Header Ads

Cara Buat Simpanan Ke Akaun Tabung Haji Dengan Maybank2u


Cara Buat Simpanan Ke Akaun Tabung Haji Dengan Maybank2u. Seiring dengan peredaran zaman, segala urusan kini lebih mudah dengan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian. 

Mungkin sebelum ini, anda terpaksa ke mesin ATM atau ke ke kaunter bank untuk buat simpanan ke akaun tabung haji masing-masing. Kini, anda boleh jimat masa dan petrol kenderaan anda untuk buat simpanan tabung haji anda.

Apa yang anda perlu ada hanyalah akaun perbankan online seperti maybank2u sahaja.

Saya ada terbaca perkongsian Amir Syahir mengenai cara nak buat pindahan wang daripada akaun bank anda iaitu menggunakan maybank2u ke akaun simpanan tabung haji.

Mari kita ikuti perkongsian yang sangat mudah ni.

Simpanan Ke Tabung Haji Anak Melalui Maybank2U
***************************************************
Macam gua, segala duit raya anak, duit orang bagi kepada anak gua, gua akan simpan dalam Tabung Haji dia. Simpan Tabung Haji bagus sebab purata bonus boleh dapat 6%.

Korang pun boleh buka akaun Tabung Haji untuk anak. Daftar haji anak siap-siap pun boleh.

Okay, jika anak dah ada akaun Tahung Haji, korang boleh transfer ke akaun Tabung Haji anak menggunakan Maybank2U. Mudah dan senang. Jom baca.

Untuk kali pertama, korang kena daftar dulu akaun TH korang di mesin ATM Maybank yang berdekatan korang.

Korang kena daftar akaun Tabung Haji sendiri dahulu sebelum daftar Tabung Haji untuk anak jika korang pun belum daftar.

Caranya mudah;

1. Bawa buku Tabung Haji.
2. Pergi mesin ATM Maybank.
3. Masukkan kad ATM Maybank.
4. Pilih Tabung Haji.
5. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji.
6. Masukkan Nombor Siri Buku.

Tadddaa... Akaun Tabung Haji korang dah diaktifkan dalam Maybank2u.

Lepas tu buat perkara yang sama untuk akaun Tabung Haji anak. Dah siap daftar barulah boleh masuk ke laman web Maybank2u tu.

Boleh baca caranya dekat gambar-gambar di bawah:

Jika korang simpan RM100 sebulan selama 18 tahun, nanti anak korang dah umur 18 tahun, dia dah ada dana pendidikan sebanyak RM38K jika purata bonus TH sebanyak 6%. Banyak kan? Boleh rujuk gambar terakhir.

Kalau korang masih bujang, takde anak lagi boleh buat untuk diri sendiri juga. Untuk simpan duit lebihan gaji ke, duit bonus ke, nak simpan duit kecemasan ke, boleh guna cara ini juga.

Sekadar perkongsian. Moga manfaat. Sudi-sudikanlah share supaya ramai lagi dapat manfaat

Cara Buat Simpanan Ke Akaun Tabung Haji Dengan Maybank2u



Bawa buku haji korang dan buku Tabung Haji anak semasa daftar kat mesin ATM tu ye. 

Taknak bawa pun boleh, tetapi kena tulis atau ambil gambar nombor akaun Tabung Haji dan nombor siri buku TH.


Buka maybank2u.com.my 

1. Clik pada menu Accounts & Banking.


2. Pilih Tabung Haji (bawah sekali).


3. Klik pada menu Maybank to TH Own Account Transfer.


4. Masukkan berapa jumlah yang nak di transfer. Satu transaksi dikenakan caj RM1.06 ye. 

Akan ada dua akaun TH. Akaun TH korang dengan akaun TH anak. Jadi pilih akaun TH anak kalau nak transfer ke akaun TH anak.


5. Tekan request TAC dan isi nombor TAC. Dan telan Comfirm.


6. Selesai. 

Mudahkan? Tak perlu ke pejabat TH jika jauh daripada tempat kerja korang. Lebih mudah dan menjimatkan masa.

Contoh Bonus terkumpul: RM38,281. Jika simpan RM100 selama 18 tahun.



** Download 
Ez Calculators jika IOS.
Financial Calculators jika Android

Sumber : Amir Syahir

2 comments:

Powered by Blogger.