Header Ads

Cara Dapatkan Simkad Unifi Mobile Secara Percuma


Cara Dapatkan Simkad Unifi Mobile Secara Percuma. Jika Sebelum ini Telekom Malaysia memperkenalkan plan webe untuk pengguna postpaid yang berharga RM79 sebulan, kali ini telekom malaysia memberi percuma simkad unifi mobile pula.




Menariknya pelan prepaid unifi mobile , sesiapa sahaja boleh dapatkan simkad ini secara percuma sempena pelancaran pelan baru ini bermula 24 Januari 2018 sehingga 31 Mac 2018 sahaja.

Anda akan diberi 5 simkad unifi mobile, dan 20GB data percuma di dalam setiap simkad unifi mobile ini. Haaaaaahaaaa.Sila pastikan telefon anda support LTE ya.

Bagaimana nak dapatkan Simkad Unifi Mobile ini?

Caranya ialah dengan pergi terus ke cawangan TM Point berdekatan kawasan anda. Cara kedua, jika tiada masa pergi ke TM Point, anda boleh juga dapatkan simkad unifi mobile dengan membuat tempahan melalui aplikasi unifi mobile@unifi.

Cara Dapatkan Simkad Unifi Mobile Secara Percuma


1-Download dulu aplikasi mobile@unifi dalam playstore.


2- Bila dah siap install, klik aplikasi mobile unifi tadi. Tekan " I WANT TO GET A SIM "


3-Tekan ✔️, lepas tu " I WANT TO START NOW "


4-Isi maklumat diri anda.



5-Masukkan Emel anda untuk dapatkan verify kod.


6-Masukkan 6 Digit Verify kod yang dihantar ke emel anda.


7-Masukkan maklumat alamat anda.


8-Pilih 5 Simkad. Klik next.




9-Pilih nombor kegemaran anda atau piih sedia ada.


10-Pilih pickup kat cawangan TM Point mana atau delivery ke rumah anda.

Ok, siap order 5 simkad unifi mobile percuma.


Jika data yang diberi untuk setiap simkad tadi habis, anda boleh topup mengikut harga dalam gambar di bawah : 


Yang penting sila semak dahulu coverage line disini. Kalau tiada coverage 4G kawasan anda, memang simkad mobile unifi tadi tak boleh guna la. hehehe !!!


4 comments:

  1. As-salam, gua dah detect ku wafi :), berkongsian menarik

    ReplyDelete
  2. Dah dapat simkad frew ni, tapi tak tau kenapa tak boleh guna internet dia. Line macam ok je..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.