Header Ads

Panduan Temuduga Penguasa Kastam WK41

Pertama kali saya nak ucapkan tahniah kepada mereka yang di panggil untuk temuduga Penguasa Kastam WK41Sessi April/Mei 2017.Apa Yang saya nak kongsi kali ini, Tim InfoKerjaya ada menyediakan panduan khusus untuk menghadapi temuduga kelolaan SPA ini.

Penguasa Kastam WK41



Maklumat Lengkap Jawatan Penguasa Kastam WK41


Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia


Gaji Minimum : RM2,094.00Gaji Maksimum : RM9,585.00Kadar Kenaikan Gaji : RM225.00

Syarat Lantikkan 



1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)

(i)ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,094.00); atau
(ii)ijazah sarjana muda kepujian yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,300.73); atau
(iii)Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau
(iv)Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau
(v)Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,923.41); atau
(vi)Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 :RM3,027.19)

 

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)
  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :


Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Rujukan Panduan Temuduga WK41

Panduan Penguasa Kastam WK41



BAHAGIAN 1
Cara sebenar bagaimana untuk hadir ke sesi temuduga kerajaan. Anda akan didedahkan dengan etika temuduga kerajaan dan yang paling penting adalah perkara yang anda "perlu lakukan" dan "jangan lakukan" semasa temuduga kerajaan

BAHAGIAN 2
Koleksi nota padat mengenai Kastam. Ianya akan menjimatkan 8 jam masa anda untuk cari satu persatu maklumat ini. Anda akan diberikan lebih 35 nota ringkas berkaitan kastam dan isu penting yang lain untuk persediaan pantas anda

BAHAGIAN 3
25 Soalan dan Cadangan jawapan Khas Kastam. Kami himpunkan khas untuk anda soalan-soalan yang biasa ditanya dalam temuduga untuk jawatan berkaitan Kastam. Koleksi ini akan memudahkan persediaan anda kerana ini adalah antara soalan sebenar temuduga

Jika Serious, Panduan Ini Memang Untuk Anda

Ok

Macam mana anda nak dapat panduan ini?

Klik Link Di Bawah :

PANDUAN TEMUDUGA PENGUASA KASTAM WK41
Saya Doakan Anda Dapat Berjaya Ya.

1

1 comment:

  1. Tahun ni tak ada peperiksaan Kastam, yang ada terus ke temuduga.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.